Bukan hanya terhad untuk ke bilik air sahaja, kain kemban moden kini sesuai untuk digunakan di mana-mana sahaja asalkan fungsinya sebagai kain basahan dapat dioptimum oleh si pemakainya.

Berharga semurah RM23 untuk kanak-kanak dan RM28 untuk dewasa,  si pemakai boleh menyarung kain kemban hanya dalam beberapa saat sahaja serta ia turut didatangkan dengan pelbagai pilihan warna dan rekaan menarik.

IDEA

Pengasas Kain Kemban, Siti Hawa Arif, 33, berkata, apabila bercakap mengenai kain kemban pasti ramai akan terdiam seolah-olah tersentak.

Katanya, kain kemban moden direka supaya nampak moden, berwarna-warni, mudah untuk disabun dan skrub badan, cepat kering, ringan serta lembut.

“Ia juga mudah dipakai dan didatangkan dengan pelbagai saiz mengikut usia si pemakai serta amat sesuai dijadikan sebagai cendermata,” katanya.

kemban
Si pemakai tetap nampak cantik dengan rekaan kemban moden

 

Jika hendak dibandingkan dengan kain kemban tradisional, Hawa menjelaskan ia jauh lebih baik dan amat-amat mesra pengguna serta menarik.

“Kain kemban tradisional perlu diikat, mudah terlucut, lambat kering dan berat ketika basah serta cepat reput,” ujarnya.

Malah ia juga berbau, keras dan perlu diselak ke atas ketika hendak sabun badan.

Penjenamaan semula kain kemban tradisional kepada moden kini membolehkan fungsi serta kegunaannya diperluaskan dan tidak terhad hanya di dalam bilik air sahaja.

Si pemakai boleh menggunakannya untuk ke spa, mengurut, bertagas dan digunakan ketika dalam pantang.

“Ia juga menutup aurat serta mesra golongan orang kelainan upaya,” tambahnya.

kemban
Kemban FD merupakan koleksi terbaharu Kain Kemban by Hawa Jutawan

 

WARNA-WARNI

Didatangkan dengan pelbagai corak dan warna, Kain Kemban memiliki beberapa jenis koleksi buat semua lapisan peringkat umur sama ada kanak-kanak dan dewasa serta lelaki dan perempuan.

Evergreen, Royal, Melati, Retro dan FD (Friday Night) antara koleksi yang boleh dipilih pengguna mengikut kesesuaian yang diperlukan.

Koleksi terbaharu yang dilancarkan baru-baru ini ialah Kain Kemban FD iaitu kain basahan dengan pinggang bergetah dan berpelekat untuk memudahkan pengguna menyabun serta menyental tanpa perlu membuka kain yang dipakai.

Istimewanya Kain Kemban FD ia menggunakan material kain satin dan les. Sehelai Kain Kemban FD dijual pada harga RM38.

Buat mereka yang gemarkan nostalgia, Kain Kemban Retro pilihan yang paling tepat. Kain basahan jenis ini direka ringgan dan cepat kering serta tidak berbau. Ia juga tidak berat apabila basah serta terlondeh. Sehelai Kain Kemban Retro dijual pada harga RM35.

Selain FD dan Retro pengguna turut boleh memilih Kain Kemban Evergreen dan Melati. Kedua-duanya memiliki ciri-ciri serupa dengan Retro dan didatangkan dengan pilihan warna serta corak menarik.

Tidak dilupakan buat kaum Adam sekiranya ingin berkemban ketika mandi, anda boleh memilih koleksi Royal Edition yang direka selesa.

kemban
Kemban Melati antara koleksi ditawarkan oleh Kain Kemban by Hawa Jutawan

 

TIDAK TOLEH KE BELAKANG

Berhijrah ke Ipoh, Perak pada tahun 2014, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini tekad menjadikan bidang kecantikan sebagai hala tuju untuk menjana pendapatan dengan berhenti kerja sebagai pegawai bank.

Pernah ditipu sehingga hampir muflis, Hawa terpaksa menggunakan duit simpanan bagi menyelamatkan perniagaan dan terpaksa menanggung bebanan hutang.

Namun, pengalaman pahit itu langsung tidak mematahkan semangat dia untuk bangkit meneruskan perjuangan meskipun terpaksa menutup spa miliknya.

Ujarnya, pada saat itu apa yang bermain dalam kepalanya hanya satu perkara iaitu bagaimana untuk menghasilkan satu produk tanpa perlu melalui pelbagai proses kelulusan serta mendapatkan pensijilan halal.

Setelah berfikir mendalam mengenainya, maka kain kemban menjadi sandaran Hawa dan akhirnya ia membuahkan hasil.

kemban
Hawa Jutawan bersama koleksi Kain Kemban keluarannya

 

SEHELAI BUAT DIRI SENDIRI

Buat mereka yang ingin memiliki Kain Kemban, ia boleh dipesan melalui laman Facebook atau Instagram Kain Kemban ataupun pembelian di stokis dan ejen-ejen sah.

Buat mereka yang berada di sekitar Ipoh, Perak, boleh berkunjung sendiri di butik Gondola 31.

Sebarang pertanyaan boleh dilakukan menerusi emel [email protected] atau hubungi terus di talian 0135000966.

Anda juga boleh menghubungi stokis-stokis berikut maklumat lanjut, Master Stokis Central (Norma, 013-2718002), Selangor (Rosmah Pawanteh 012-3011469), Kuala Lumpur (Mazliyanti 012-3450167), Putrajaya (Nanni 012-4656414), Perak (Syasya 017-4089789), Pulau Pinang (Roslina Pawanteh 012-4645334), Johor (Maizurah 013-7376010), Terengganu Hafiz 019-3070343) Brunei (Lawa Musa +673-8823401). - K! ONLINE