Kali ini, SBU mengambil inisiatif baharu demi mengembangkan jenama tersebut dengan mengetengahkan potensi butik berkonsep kafe iaitu Flavours Cafe by SBU.

Pengasasnya, Noor Inora Putri Norzainy berkata, idea menggabungkan butik dengan kafe itu telah lama dipendam namun ia tidak dapat direalisasikan ekoran kekangan masa.

“Kami mahu mencipta pengalaman gastronomi autentik kepada pelanggan supaya mereka merasakan setiap hidangan itu dimasak seperti dari dapur rumah.

“Sebahagian besar ruang bawah butik disusun dengan meja dan kerusi untuk pelanggan menjamu selera dalam persekitaran santai.

“Sambil menikmati hidangan, para pelanggan juga boleh melihat dan membeli koleksi-koleksi tudung rekaan kami yang dipamerkan,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Shah Alam baru-baru ini.

Konsep makanan yang diketangahkan SBU ialah masakan tempatan khususnya dari Johor, Negeri Sembilan dan makanan Barat.

Pemanis mulut berupa kek pandan gula Melaka menjadi penutup selera paling ideal.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM6.90 hingga RM28 sahaja.

Ia dibuka dari pukul 12 tengah hari hingga 10 malam setiap hari.

a

a