Sempena perayaan Krismas pada 25 Disember ini, Bata menyediakan rekaan kasut istimewa untuk dijadikan hadiah kepada seisi keluarga.

Kasut-kasut itu direka khas untuk memenuhi cita rasa wanita, lelaki dan kanak-kanak.

Bata memahami keperluan wanita bekerjaya yang mahu sentiasa tampil elegan dan bergaya dengan warna-warna mempesona terutamanya mudah dipadankan bersama apa jua gaya.

Justeru, elemen sulaman manik dengan corak yang ringkas bersama gabungan warna merah, biru dan putih serta hitam sebagai rona dasarnya sudah cukup untuk menarik perhatian sesiapa sahaja.

Warna gelap

Bagi gaya hujung minggu, Bata turut menyediakan sepasang kasut tinggi gladiator yang sangat selesa untuk dipakai ketika bertemu rakan taulan mahupun keluar makan malam bersama suami tercinta.

Sementara itu, kasut lelaki pula direka dengan gaya klasik seperti oxford dan brogues.

Menambahkan lagi gaya tampan si jejaka dengan penggunaan warna-warna gelap seperti coklat, hitam dan biru laut.

Pada hari minggu, kita pasti ingin menghabiskan masa bersama kawan-kawan, keluarga dan insan tersayang. Maka, kasut jenis loafer direka khas untuk aktiviti tersebut.

Kasut loafer ini boleh didapati dalam pelbagai tona gelap yang sesuai dipadankan dengan aneka gaya pakaian.

Ia sangat sesuai untuk dibawa membeli-belah bersama keluarga atau majlis-majlis kasual.

Tidak ketinggalan sepasang kasut balet rata untuk puteri tersayang pada perayaan Krismas ini dengan sentuhan kilauan yang mampu mengukirkan senyuman riang pada wajah mereka.

Bagi memberi gaya lebih berani dan ranggi, dapatkan kasut yang mempunyai platform sedikit tinggi serta rata agar selesa ketika puteri anda melangkah.

Menyedari zaman kanak-kanak cukup mencabar dan lasak, Bata menyediakan kasut bubblegummers untuk mereka melakukan aktiviti tersebut dengan sangat selesa tanpa sebarang halangan.

Terdapat kasut sniker untuk bersukan sehinggalah gaya kasual bagi membolehkan mereka meneroka bersama rakan-rakan.