Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu bukanlah nama baharu dalam sukan renang kerana dia telah melibatkan diri dalam sukan renang seawal usianya 10 tahun.

Tumpuan yang diberikan cukup hebat kerana dia bukan sahaja sering memenangi pelbagai pertandingan bahkan turut mencipta rekod temasya di depan penyokong sendiri.

Memahat sejarah baharu negara dalam sukan renang, Welson Sim menjadi perenang lelaki pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2017 di Rio de Janeiro, Brazil secara merit dalam acara 200 meter dan 400m gaya bebas.

Terkini, dia sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas dalam acara 200m gaya bebas lelaki pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2018.

Lebih manis, Welson Sim turut mencatat masa terbaik musim ini iaitu 1:47.97s, sekali gus mengatasi rekod lama kejohanan miliknya dalam saingan akhir acara berkenaan.

INFO WELSON

Asal: Kuching, Sarawak
Tarikh Lahir: 29 Mac 1997
Karier: Perenang
Hobi: Berbasikal, badminton dan permainan video (dalam talian)
Tinggi: 1.81 meter
Berat: 70kg
Ibu bapa: Lee Ngiat Kim dan Sim Ah Tee
Pencapaian:

  • Pingat emas 400 meter gaya bebas Sukan SEA 2015 di Singapura
  • Pingat perak 4x100 meter gaya bebas Sukan SEA 2015 di Singapura
  • Pingat perak 4x200 meter gaya bebas Sukan SEA 2015 di Singapura
  • Pingat emas 400 meter gaya bebas Kejohanan Mare Nostrum 2017 di Monaco, Perancis
  • Pingat emas 400 meter gaya bebas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur
  • Pingat emas 200 meter gaya bebas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur
  • Pingat perak 4x100 meter gaya bebas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur
  • Pingat perak 4x100 meter gaya bebas Sukan SEA 2013 di Myanmar
  • Pingat perak 4x200 meter gaya bebas Sukan SEA 2013 di Myanmar
  • Pingat gangsa 1500 meter gaya bebas Sukan SEA 2013 di Myanmar