Berkongsi kisah wajah yang terpampang di sebalik lukisan mural itu, menurut seorang pelukis grafiti tempatan, Acit Raman, lelaki yang dikenali sebagai Muniandi itu memang cukup popular dalam kalangan masyarakat di negeri tersebut.

Dia telah menjual roti kaya kegemaran orang ramai sejak lebih 30 tahun lalu, bahkan dia juga dikenali sebagai Roti Man atau Roti Kumar dalam kalangan penduduk di situ.

“Muniandi ini memang legend dekat Balik Pulau. Siapa sahaja mesti kenal dia. Tak kira apa jenis kaum.

“Apa yang aku kagum pasal uncle ini adalah pengorbanan dia kepada keluarganya. Anak-anak dia berjaya menjadi doktor, peguam dan seorang lagi sedang belajar dalam jurusan kejuruteraan kimia.

“Dia boleh diangkat sebagai salah satu ikon merdeka atau Hari Malaysia tahun ini,” tulis Acit lagi.

Perkongsiannya itu telah tular sehingga mendapat lebih 3,000 perkongsian.