Perhimpunan sempena sambutan tersebut yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah dihadiri lebih daripada 100,000 ahli parti tersebut.
Jumlah kehadiran yang begitu ramai itu telah menjadi simbol kepada kekuatan parti itu selain membuktikan UMNO masih menjadi parti pilihan bagi orang Melayu. Sambutan itu dianjurkan selaras dengan jasa dan pengorbanan UMNO dalam membangunkan negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat sejak penubuhannya 71 tahun. 
Sempena sambutan itu, antara pengisian yang telah dirancang ialah Karnival Wow,  karnival kerjaya, perumahan dan sesi dialog Transformasi Nasional (TN50). Sebagai menghargai sumbangan mereka yang berjasa dalam parti dan bangsa Melayu, tiga tokoh dikurniakan Anugerah Melayu Terbilang 2017. Mereka ialah anggota Lembaga Rayuan dan Disiplin UMNO, Tan Sri Hanafiah Hussain; Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar dan Setiausaha UMNO Pulau Pinang, Tan Sri Mohd. Yusoff Abdul Latiff.