Dalam video itu, Masturah A. Latib dengan personaliti Mok Cun iaitu watak daripada sebuah drama televisyen popular mengajar sekumpulan kanak-kanak dengan menggunakan kaedah fonik.

Kaedah fonik merupakan kaedah terbaharu yang membolehkan kanak-kanak menguasai bahasa Inggeris dengan cepat.

Ia merupakan kaedah terbaik untuk mengajar membaca dengan objektifnya adalah untuk mengajar anak-anak hubungan antara huruf dan bunyi untuk membolehkan mereka encode (membina) perkataan dan decode (menyahkod atau mengasingkan bunyi huruf).

Gaya Masturah yang memakai cermin mata serta berbedak sejuk pada wajah dilihat berjaya menarik perhatian pelajar-pelajar di Pusat Pembelajaran Fonetik miliknya yang terletak di Johor Bahru, Johor.

Loghat utara yang digunakan Masturah juga dilihat berjaya dan membolehkan kanak-kanak menguasai bahasa Inggeris dengan cepat dan baik.

Menerusi satu status di laman Facebooknya, Masturah menulis bahawa dia akan berkongsi lebih banyak video kaedah fonik kepada orang ramai.