Hukuman mati yang sepatutnya dijatuhkan terhadap Dozier bagaimanapun sudah ditangguh beberapa kali.

Dozier yang sepatutnya menerima hukuman melalui kaedah suntikan maut. Namun, syarikat yang membekalkan cecair suntikan itu tidak mahu produknya digunakan untuk tujuan membunuh.

Tidak tahan lagi tinggal di penjara, Dozier kemudian menggantung diri sendiri hingga mati.

Dia menggunakan kain selimut yang digantungkan pada siling selnya untuk membunuh diri.

Menurut peguam Dozier yang enggan mendedahkan namanya, lelaki itu sebelum ini pernah mengancam untuk membunuh diri berikutan tidak tahan tinggal di dalam penjara.