Begitu pun, tidak semua mereka dilahirkan dalam keluarga mewah menyebabkan ada yang terpaksa melupakan impian dan hasrat yang ingin dicapai ekoran faktor kewangan.

Kisah sekumpulan kanak-kanak kurang berkemampuan dari Uraso, Sulawesi Selatan, Indonesia baru-baru ini menjadi tular apabila menghasilkan basikal sendiri menggunakan batang buluh.

Faktor kemiskinan menjadikan mereka mengambil pendekatan menghasilkan sendiri basikal untuk bermain.

Ujar salah seorang kanak-kanak tersebut yang enggan dikenali, basikal tersebut digelar ‘pattung’.

Rekaan basikal tersebut ringkas dan dengan satu tempat duduk serta tiada rantai memandangkan tayar diperbuat daripada buluh.

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dan pada masa yang sama memuji kreativiti kanak-kanak tersebut.