Nelayan itu kemudian mengambil pita pengukur dan ternyata kepanjangan sotong itu hampir sama dengan seorang lelaki yang tinggi.

Seorang penduduk pulau itu yang hanya dikenali sebagai Eduardo berkata, nelayan yang menemui sotong itu berdepan kesukaran untuk membawa ia naik ke daratan kerana saiznya yang cukup besar.

“Fizikalnya amat besar dan ia berat.

“Lihatlah betapa bersih dan putihnya daging sotong ini, isinya pasti terasa amat enak,” ujarnya.

Penduduk tempatan di pulau itu tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar sotong tersebut sambil menyifatkan ia merupakan sotong terbesar yang pernah ditangkap di situ.