Begitu pun, seorang wanita muda menjadi tular di laman sosial minggu lalu apabila berjaya memiliki syarikat kimpalannya sendiri.

Siti Sofiyah Sabtu menjadikan kata-kata negatif yang pernah diterimanya dahulu sebagai pembakar semangat untuk terus kekal dalam bidang kimpalan.

“Sewaktu mula-mula menceburi bidang kimpalan, saya dihujani dengan pelbagai soalan. Maklumlah, bidang ini hanya didominasi oleh golongan lelaki. Namun, saya tekad untuk mencuba.

“Saya pernah diherdik kerana saya sedikit lambat berbanding orang lain. Saya juga pernah disuruh untuk melupakan sahaja bidang kimpalan ini ekoran kelembapan saya,” ujarnya.

Digelar ‘wanita besi’, Sofiyah berjaya berjaya membuktikan bahawa apa jua cabang perniagaan yang sebelum ini dimonopoli kaum lelaki adalah tidak mustahil diceburi kaum wanita.

Sofiyah merupakan salah seorang daripada 12 finalis kempen Projek Inspirasiku anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Projek Inspirasiku merupakan medan yang menggalakkan usahawan tidak kira di mana pun berada untuk bersama berkongsi cerita kejayaan yang mampu memberi inspirasi kepada seluruh negara.