Biarpun kedengaran pelik, namun sebuah klinik rawatan kecantikan telah menjadi pelanggan pertama agensi pengiklanan tersebut yang dikenali sebagai Wakino.

Syarikat Wakino dikatakan mempunyai pelbagai contoh gambar iklan ketiak wanita jelita untuk disewa oleh sesiapa sahaja.

Selain ketiak wanita jelita, agensi tersebut juga sedang mencari model lelaki yang berminat untuk mengiklankan ketiak mereka.

Agensi tersebut juga kini dikatakan sedang menganjurkan pertandingan untuk mencari ketiak tercantik di Jepun.

Bagaimanapun, syarikat pengiklanan tersebut mungkin terpaksa menghentikan penjualan iklan ketiaknya memandangkan musim luruh bakal tiba tidak lama lagi dan golongan wanita akan menutup ketiak mereka sepanjang musim tersebut.