Niatnya hanya untuk berkongsi kegembiraan membeli cincin, namun dia mendapat reaksi negatif daripada beberapa rakannya.

Wanita tersebut yang hanya dikenali dengan nama Nis terkejut dengan respons yang diterima daripada beberapa orang rakannya.

Rakan-rakan Nis mempersoalkan mengapa wanita tersebut membeli cincin untuk dirinya sendiri kerana pada kebiasaannya cincin hanya dibeli oleh teman lelaki atau seseorang yang istimewa dalam hidup mereka.

Mereka menganggap ia sesuatu yang pelik.

“Jadi, saya belikan cincin untuk diri sendiri. Lihat apa yang kawan-kawan saya cakap.

“Wanita tidak boleh membeli cincin untuk diri sendiri?” kata keterangan gambar Nis di laman Twitter itu.

Ramai netizen yang menyokong tindakan Nis dan bersetuju bahawa wanita boleh membeli cincin untuk diri sendiri dan tidak perlu berharap kepada lelaki untuk berbuat demikian.