Sebelum kejadian, kanak-kanak itu, Janiss Yeoh Zi Xuan turun daripada van di hadapan rumahnya.

Kemalangan berlaku apabila van yang dipandu seorang wanita berusia 48 tahun itu tidak perasan Zi Xuan melintas jalan untuk ke rumah neneknya lalu melanggar kanak-kanak tersebut.

Sejurus selepas itu, nenek kanak-kanak malang itu keluar dan memeluk serta mendukung cucunya yang cedera parah.

Pemandu van berkenaan kemudian membawa mangsa ke klinik berhampiran sebelum kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah akibat kecederaan parah yang dialaminya. Dia meninggal dunia di hospital.

Pemandu itu ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis Khamis lalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video yang memaparkan kejadian tersebut tular di media sosial dan rata-rata netizen yang melihat video tersebut berkongsi rasa sedih apabila melihat seorang nenek mendukung cucunya yang cedera parah selepas digilis.