Apatah lagi jika individu itu mempunyai sifat malu atau tiada keyakinan diri untuk menarik perhatian bakal pembeli.

Justeru, sukar dinafikan bahawa hanya mereka yang berjiwa kental mampu melaksanakan skop tugasan itu, sekali gus melontar jauh perasaan malu yang bersarang dalam diri.

Berbicara mengenai perkara itu, Rosilawati Abd. Karim yang berasal dari Sik, Kedah mengakui, perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah membina keyakinan diri selain imej diri di depan khalayak

Menurut Rosilawati, sebagai salah seorang stokis bagi produk Secretleaf, satu jenama produk keluaran Bumiputera yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, dia amat mementingkan penampilan diri ketika bertemu pelanggan.

Maklum balas

“Dalam dunia perniagaan, semua orang pasti mengetahui betapa pentingnya frasa ‘pandangan pertama’ dalam usaha meraih keyakinan pelanggan terhadap produk yang ingin dijual.

“Justeru, kita perlu bijak membawa diri terutamanya pada pertemuan kali pertama bersama prospek.

“Jika aspek ini boleh dikendalikan dengan baik, percayalah perlahan-lahan keyakinan diri kita semakin meningkat dalam mempromosikan apa sahaja produk yang dibawa,” kata Rosilawati ketika ditemui Kosmo! di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Sebagai jurusolek selama hampir sedekad, dahulunya Rosilawati juga berusaha menjana pendapatan tambahan melalui jahitan manik dan jualan produk secara kecil-kecilan seperti kerongsang, makanan serta busana wanita.

Bercerita tentang pengalaman diri, wanita berusia 33 tahun itu memberitahu, penglibatan bersama keluarga Secretleaf bermula setahun lalu selepas video testimoni menggunakan produk sabun Bee-Liv yang dihasilkannya menjadi tular di laman sosial.

“Sebenarnya kulit wajah saya agak kering dan berjeragat lantaran cuaca dan kesibukan mengadakan kelas solekan hampir saban minggu.

“Selepas diperkenalkan dengan produk Secretleaf oleh seorang rakan, saya terus mencubanya. Alhamdulillah, ia serasi dengan saya.

“Disebabkan yakin dengan produk itu, saya pun membuat satu video testimoni mengenai penggunaan sabun itu dan memuat naik di laman Facebook.

“Siapa sangka, sejak itu saya menerima banyak maklum balas positif daripada mereka yang teruja untuk menggunakan produk tersebut sehinggalah saya membuat keputusan menjadi ejen,” imbau Rosilawati.

Memulakan langkah dari bawah, wanita itu terus mengorak langkah tanpa mahu menoleh ke belakang untuk memajukan diri dalam radius bisnes.

Impian

Antara usaha yang dilakukan termasuklah menghadiri seminar-seminar perniagaan, penjenamaan dan pemasaran untuk menimba ilmu dalam bidang tersebut.

Kesungguhan Rosilawati akhirnya terbalas jua apabila dalam tempoh empat bulan, dia berjaya menaik taraf kedudukannya. Daripada seorang ejen kepada stokis, sekali gus bergelar jurucakap bagi produk Secretleaf.

“Semua ini tidak akan dapat dicapai jika tiada impian yang disematkan dalam diri. Disebabkan itulah kita perlu sentiasa menanam impian atau cita-cita agar ia menjadi satu bentuk motivasi bagi kita menggapainya,” tutur Rosilawati. Dalam pada itu, dia berharap golongan wanita terutamanya suri rumah atau ibu tunggal berusaha mencari peluang untuk menambah pendapatan seperti yang dilakukannya.

“Jangan malu untuk menceburkan diri sebagai ejen bagi produk yang diyakini.

“Apa yang penting, tepuk dada tanyalah hati. Ingatlah ungkapan Arab, Man Jadda Wajada iaitu sesiapa yang berusaha, dia pasti berjaya,” ujarnya.

Jenama Secretleaf yang diusahakan oleh syarikat Bumiputera, Secretleaf International Sdn. Bhd., mula bertapak di pasaran Malaysia pada tahun 2007.

Ia merupakan pengeluar produk natural dengan mematuhi formulasi natural Kesatuan Eropah.

Secretleaf mempunyai tiga rangkaian produk iaitu berasaskan minyak argan, bee venom dan produk penggunaan khusus. Antara produk terlaris ialah Set Combo 3: Bee-Liv, Peptide Perfection Spot dan Arbutin Natural Serum Lightning Cream.

Kesemua produk dalam Set Combo 3 itu berfungsi untuk menghilangkan jeragat, parut jerawat dan tona kulit tidak sekata.

Set itu dijual pada harga RM158. Ia dihasilkan secara semula jadi tanpa penggunaan sebarang bahan kimia terlarang seperti hidrokuinon, merkuri dan tiada paraben, alkohol serta sulfat.

Setakat ini, produk Secretleaf diedarkan oleh lebih 20 stokis, 200 ejen.

Ia boleh didapati di 300 farmasi di seluruh negara antaranya Alpro Pharmacy Malaysia serta Multicare Health Sdn. Bhd.