Terbaharu, sebuah rakaman video tular di laman sosial Twitter dan diulang kicau sehingga hampir 14,000 kali.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu memaparkan salah seorang peserta yang menyertai acara lumba lari dikatakan seorang pelatah.

Pada awal video tersebut, peserta yang memakai bib kuning itu kelihatan bersedia untuk berlari.

Namun setelah pengadil memetik picu pistol menandakan acara tersebut telah bermula, lelaki tersebut kelihatan terkejut dengan bunyi tembakan, lalu melatah dan terus rebah di atas trek larian.

Dia kemudian tiba-tiba bangun dan terus berlari seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Lebih melucukan lagi apabila rata-rata netizen meninggalkan komen yang menghiburkan.

Seorang netizen yang tidak didedahkan identitinya menulis, “Nasib baik dia sedar dia sedang tournament”.