Namun, lainnya pula dengan pertunjukkan fesyen yang diadakan di sebuah hotel di Jeddah, Arab Saudi baru-baru ini apabila dron digunakan sebagai model untuk menggantikan manusia.

Beberapa klip video mengenai pertunjukan fesyen itu menjadi tular di laman sosial khususnya di Twitter yang menunjukkan beberapa dron terbang sambil membawa rekaan-rekaan pakaian untuk dipertontonkan kepada tetamu.

Dikatakan, penggunaan dron itu adalah sebagai menghormati bulan Ramadan.

Rata-rata netizen memuji penggunaan dron itu kerana bersesuaian dengan status Arab Saudi sebagai sebuah negara Islam.

Namun, terdapat juga dalam kalangan netizen yang memberi komen lucu dengan mengatakan seolah-olah pakaian tersebut diperagakan oleh hantu.