Bagaimanapun, arca yang didirikan di sebalik bangunan pejabat itu kini hanya diselaputi habuk dan kotoran.

Islam yang mengharamkan arca tertentu untuk menyembah turut memberi kesan kepada pemujaan patung, artis berusia 75 tahun itu. Dia dihalang daripada mempamerkan karyanya kepada khalayak di tanah air.

Sami sama sekali menegaskan bahawa karyanya itu tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai penghargaan terhadap idola.

Sama seperti pengarca lain yang mempertahankan haknya, Mohammed menggesa pihak berkuasa untuk menarik balik hukuman yang dianggapnya sebagai ketinggalan zaman.

“Kita perlu menyelesaikan isu ini kerana sebagai manusia, kita mempunyai pendirian, pandangan dan alasan maka, tidak salah sekiranya kita memberi penghargaan kepada idola.

“Kita tidak lagi hidup pada zaman kejahilan sebaliknya, kita kini pada era teknologi,” jelasnya yang berpegang teguh ajaran Islam.

Konservatif

Sama seperti agama Kristian dan Yahudi, Islam mengharamkan pemujaan berhala, tetapi segelintir umat agama itu berkeras dan melarang segala representasi dalam bentuk manusia.

Walaupun tiada undang-undang khusus Kuwait yang melarang persembahan arca atau patung di kawasan awam, Kuwait merupakan tempat asal puak konservatif yang menjalankan peraturan tersebut secara paksaan.

Sasaran utama puak tersebut ialah Muzium Kesenian Moden Kuwait.

Ia dibuka pada tahun 2003 dan menampilkan beberapa arca individu yang dihasilkan oleh artis Kuwait.

Bagaimanapun, kesemuanya berdiri di sebalik pintu tertutup dan terhalang daripada pandangan khalayak.

Artis, Badr Fadel Alemdar, 42, tahu sebab utama kesemua arca itu disembunyikan.

Ketakutan pihak berkuasa terhadap puak konservatif menghalang karya pengarca ditayangkan ke khalayak.

“Suasana bekerja seperti ini mengundang rasa tidak selesa kerana masyarakat melihat segelintir karya arca itu sebagai kufur, lebih-lebih lagi jika ia patung individu terkenal,” katanya yang turut terkena tempias sama.

Keghairahan terhadap isu itu dibangkitkan baru-baru ini dalam kalangan penggubal undang-undang Kuwait.

Pada September lalu, penggubal undang-undang, Mohammed Hayef al-Mutairi menggesa pihak kerajaan untuk menghalang artis tempatan daripada menghasilkan arca.

Katanya, kegiatan tersebut sama seperti membuka jalan kepada penubuhan kuil iaitu tempat pemujaan bagi orang kafir.

Akan tetapi, felo Ahli Parlimen, Ahmed al-Fadel menolak dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai mundur.

Jelas Fadel, terdapat individu yang terpaksa menutup kedai mereka menjual patung kecil 3D.

“Saya mahu tahu, berapa lama pandangan mundur seperti ini mampu berlanjutan.

“Kuwait merupakan sebuah negara bebas yang diperintah undang-undang. Selepas kemunculan Islam 1,400 tahun lalu, anda masih lagi berbicara tentang pemujaan berhala?

“Apa yang sepatutnya anda lakukan ialah cari gua dan duduk di sana diam-diam,” jelasnya.

Pertelingkahan mengenai representasi arca dalam bentuk manusia di negara Islam hanya tertakluk di Kuwait.

Terdapat juga kes segelintir puak ekstremis yang memecah dan menjarah karya arca kerana dianggap sebagai berhala di serata Iraq dan Syria.

Pada tahun 2013, legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane tidak sangka bertemu dengan arca dirinya di tengah-tengah Qatar.

Media sosial

Ia merupakan sebuah patung yang dihasilkan oleh artis Algeria, Abdessemed yang menggambarkan adegan Zidane menanduk pemain Itali, Marco Materazzi sekali gus mencetuskan kehangatan di media sosial.

Disebabkan ramai pihak beranggapan ia mencalarkan imej Islam, akhirnya arca itu dibuang.

Bagaimanapun, terdapat tanda penerimaan dalam kalangan negara Islam berkenaan arca.

Di ibu kota Emiriyah Arab Bersatu, pengunjung dapat menunjukkan apresiasi terhadap arca-arca di Louvre Abu Dhabi yang dibuka tahun lalu.

Bahkan di wilayah konservatif Arab Saudi pada September lalu melancarkan pameran kesenian China yang menampilkan arca terkemuka pahlawan terracotta.

Bagi pegawai Majlis Kebudayaan, Seni dan Kesusasteraan, Nasional Kuwait, Bader al-Daweesh, terdapat sebab untuk kekal positif terhadap potensi perubahan dalam negara.

“Masyarakat akan terbiasa melihat arca-arca ini pada masa depan,” tegasnya. – AFP