Enam pejuang Melayu Besut itu ialah Penggawa Wan Embong Wan Zainal, Yatim Ahmad (Imam Masjid Kampung Teluk) dan empat ketua kampung iaitu Abd. Karim Abd. Samad (Kampung Lepan Kejor), Husain Abdullah (Kampung Dengir), Othman Mamat (Kampung Bekok) serta Ismail Ahmad (Kampung Teluk).
Sebelum ini, mereka dikebumikan di Kota Bharu, Kelantan selepas mati ditembak tentera Jepun pada tahun 1945 semasa Perang Dunia Kedua kerana memprotes dihantar untuk menjadi buruh paksa membina jalan kereta api di Burma (kini Myanmar).