Alexey Maximov, 15, menikam seorang wanita, Daria Evdokimova, 21, sebaik sahaja wanita itu selesai mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Moscow, Rusia. Gadis itu mati di tempat kejadian.

Suspek kemudian berjaya dijejaki oleh polis dan mengakui bahawa pembunuhan itu dilakukan kerana dia mahu meniru satu senario dalam permainan komputernya.

Suspek mengakui menikam mangsa di mata, kepala, leher dan dada.

Dia menggunakan pisau dapur untuk melakukan satu senario pembunuhan dalam permainan komputer kegemarannya sebelum mengekori Evdokimova.

“Saya tidak berniat untuk membunuhnya, tetapi suara di dalam diri memberitahu saya apa yang saya perlu buat.

“Saya selalu ingin melihat bagaimana seseorang itu mati disebabkan tangan saya,” katanya.