Apa yang menakjubkan ialah, Adam yang kudung kedua-dua belah kakinya hanya mengengsot badannya hingga ketinggian 5,350 meter selama 14 hari.

Adam memulakan pendakian dari Lukhla tepat pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan atau 2.45 petang waktu Malaysia.

Video kejayaan Adam menjadi tular selepas ia dimuat naik Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin di dalam laman Facebooknya baru-baru ini.

Qobin yang merupakan Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia yang juga penaja kepada ekspedisi KE7B Adam Everest Base Camp atau #ke7badamebc itu, usaha, latihan, kesungguhan dan impian Adam selama ini berbaloi dengan kejayaan yang dicapai pada hari itu.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Adam di atas keselamatan dan kekuatan minda beliau yang mampu membuka mata kita yang sempurna ini.

“Dengan kejayaan beliau, tiada lagi alasan untuk kita yang diberikan kesempurnaan fizikal untuk tidak berjaya. Syukur alhamdulillah beliau berjaya menjadi cerminan buat kita agar jangan mudah berputus asa,” katanya.