Semasa menunaikan rukun islam kelima di Tanah Suci itu, terdapat pelangi yang muncul selepas hujan pada hari raya tersebut.

Beberapa keping gambar kemudian tular di media sosial yang memaparkan kewujudan fenomena alam itu di Mekah.

Seorang pengguna di laman sosial Twitter yang dikenali sebagai @istiqaamah memuat naik sekeping foto pelangi di Mekah yang cukup cantik.

“Jarang hujan di Mekah namun hari ini (pada minggu lalu) hujan dan lihatlah apa yang muncul,” menurut keterangan gambar tersebut.

Selain itu, seorang lagi pengguna Twitter dengan nama @paRh_Le juga memuat naik foto pelangi yang cukup indah.

“Pelangi terjadi selepas hujan lebat semasa sambutan Hari Raya Aidiladha di Mekah,” katanya di laman sosial itu.