Menerusi video yang dikongsi di akaun Twitter milik Hanzalah Hani, perbuatan itu dilakukan kerana mahu menghiburkan hati dan mereka tidak mahu bekerja dalam keadaan stres.

Biarpun aksi tersebut dikatakan berbahaya bagi sesetengah orang yang berasa gayat, namun rata-rata netizen memuji cara pekerja terbabit yang gembira dan enjoy serta berani melakukan kerja di tempat tinggi.

Sehingga ke hari ini video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan 12,000 retweet.