Rata-rata netizen mengecam tindakan ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut terutamanya selepas mengetahui mereka merupakan pasangan kembar.

Bagaimanapun, bapa kanak-kanak itu, Amornsan Sunthorn Malirat, 31, tampil menjelaskan keadaan yang sebenar.

Menurut Amornsan, tindakan dia dan isteri mengahwinkan anak kembarnya itu adalah kerana mengikut kepercayaan masyarakat Buddha.

“Kami percaya dua anak kembar kami merupakan pasangan kekasih yang dilahirkan semula.

“Mereka dipercayai mempunyai karma daripada kehidupan lalu dan perlu dikahwinkan bagi mengelakkan nasib malang atau gangguan kesihatan pada masa akan datang. Ini merupakan kepercayaan kami sejak zaman nenek moyang lagi,” jelas Amornsan.

Bagi tujuan tersebut, dia dan isterinya membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membuat sebuah majlis perkahwinan yang mewah dan penuh tradisi.

Biarpun perkahwinan mereka ini dianggap sah oleh masyarakat sekeliling namun kanak-kanak tersebut tidak terikat dengan undang-undang berikutan mereka masih di bawah umur dan memerlukan bimbingan ibu bapa.