Foto-foto ini dirakamkan semasa ribuan orang dari serata China menyertai satu pertandingan memancing di lokasi memancing tersebut. Kira-kira 1,000 orang menyertai pertandingan memancing mega itu.

Pertandingan tersebut berlangsung selama tiga hari iaitu antara 5 hingga 7 Oktober lalu.

Medan memancing tersebut dibina seumpama trek-trek untuk dilalui pemancing manakala biasan kehijauan air tasik pula membuatkan ia kelihatan seperti jalan atau taman yang berwarna hijau dari pandangan atas. Ia direka berbentuk tiga bulatan.

Tasik air tawar itu merupakan antara kawasan tarikan di Sihong, Jiangsu yang kaya dengan biodiversiti.

Sihong asalnya merupakan sebuah kota purba yang kini digelar Resort Fosil. Ia secara tradisi terkenal dengan aktiviti pertanian dan perikanan.

Tasik Hongze terletak di timur kota itu merupakan tasik air tawar keempat terbesar di China. Berkeluasan 50,000 hektar, ia menjadi habitat pelbagai spesies ikan, burung dan ketam. Antara hidupan ikan di tasik tersebut ialah ikan saury yang mirip ikan sardin.