Muzium yang siap dibina pada tahun 2009 itu sangat unik kerana objek pameran diletakkan di dalam air.

MUSA merupakan salah sebuah muzium kesenian yang diperkenalkan oleh kerajaan Mexico bagi menghargai hasil kerja tangan rakyat tempatan.

Terdapat kira-kira 500 binaan bersaiz sebenar yang diletakkan di permukaan Taman Laut Mexico yang terletak di pantai barat Isla Mujeres, Cancun Punta dan Punta Nizuc, Mexico.

Idea untuk menghasilkan muzium itu tercetus daripada salah seorang pembuat patung terkenal di Mexico iaitu Jaime Cano Gonzalez.

Pengunjung yang datang boleh melihat patung pameran itu melalui bot, bersnorkel dan menyelam.

Tujuan patung-patung itu diletakkan di bawah dasar laut didakwa untuk menjadi daya tarikan kepada para pelancong selain menghargai karya-karya seni rakyatnya sendiri.