Hal ini kerana, pencinta haiwan sudah menganggap ia sebagai ahli keluarga sendiri dan pemergiannya pasti meninggalkan kesan mendalam kepada mereka.

Minggu lalu, rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang hanya dikenali sebagai Abby menyanyikan lagu buat kali terakhir kepada kucingnya yang diberi nama Bailey.

Netizen yang menonton video tersebut berasa sebak melihat Abby menyanyikan lagu buat kucing tersebut kerana kanak-kanak itu tidak tahu bahawa kucingnya sudah terlalu tua dan sedang sakit.

Video tersebut yang direkod ibu Abby mendapat sehingga 50,000 likes.

“You are my sunshine, buat kali terakhir Bailey mati tiga jam selepas lagu itu dinyanyikan buatnya.

“Hospital haiwan kemudian menghubungi kami, memaklumkan bahawa Bailey sudah tidak dapat diselamatkan.

“Terima kasih untuk 14 tahun yang indah,” tulis wanita itu pada kapsyen video tersebut.

Netizen kemudian berharap agar Abby tabah menerima pemergian kucing kesayangannya.