Pemuda tersebut, Ramzan Miah, 25, dari Luton, Bedfordshire, England telah menjadi sensasi di laman sosial selepas wajahnya tular ketika menjayakan LFW pada September lalu.

Karier Ramzan dalam bidang peragaan bermula selepas dia menyertai pertandingan pencarian model di sebuah pusat beli-belah di Luton.

Seorang ejen pencarian bakat yang melihat potensinya telah menawarkan peluang kepada Ramzan untuk menyertai pertunjukan fesyen bagi jenama pakaian John Lewish.

Selain membina kerjaya sebagai seorang model, Ramzan juga merupakan seorang pelakon dan telah membintangi beberapa buah filem antaranya Legacy, Naca, Ghost Story dan The Rocketman.

Kisah Ramzan turut tidak ketinggalan menjadi bahan usikan dan jenaka netizen di Malaysia yang boleh dikatakan telah ‘sebati’ dengan warga Bangladesh.

Pengguna laman sosial tempatan mendakwa, terdapat ramai wajah ala model seperti Ramzan yang bekerja di Malaysia dan boleh diketengahkan sebagai model.

Terdapat juga komen nakal lain yang meminta supaya wanita-wanita di Malaysia tidak ‘cair’ dengan ketampanan lelaki Bangladesh yang ada di negara ini.