Trump berkata, beliau yakin Korea Utara telah mengambil langkah spesifik ke arah melucutkan senjata nuklear walaupun terdapat keraguan Jong-un akan berbuat demikian.

Beliau juga memuji hubungannya dengan Jong-un kerana telah meredakan ketegangan mengenai senjata nuklear pada tahun lepas yang menimbulkan kebimbangan mengenai perang Korea baharu.

“Saya mempunyai hubungan baik dengan Jong-un dan itu membuatkan hubungan kami teguh. Kemungkinan besar kami akan mengadakan pertemuan semula tetapi saya tidak mahu memberi sebarang komen,” katanya. – Reuters