Pada Ogos lalu seorang lelaki yang dalam perjalanan pulang ke pejabatnya selepas menghantar barang, maut dihempap sebatang pokok sebesar pemeluk yang tumbang akibat angin kencang di Jalan Masjid, Muadzam Shah, Pahang.

Ternyata, insiden seperti itu membuat Zarina, 42, yang bekerja sebagai Perunding Seni Bina Landskap di salah sebuah syarikat swasta terkesan pada dirinya.

Rentetan itu, beliau merasakan penting untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai pokok dan tumbuhan-tumbuhan hijau.

Secara umum kerjayanya tertumpu mereka bentuk persekitaran luaran seperti susun atur landskap dan tumbuhan hijau di tempat yang sesuai.

Hari demi hari, pelbagai usaha dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian sehinggalah beliau menyertai Persatuan Arboris Malaysia (PArM) pada tahun 2013.

Arboris merupakan individu yang pakar dalam pemuliharaan dan rawatan kesihatan dalaman serta luaran pokok.

“Sejak menyertai PArM, baru saya tahu pokok-pokok ini sebenarnya dijaga dan arboris merupakan watak penting terutama pokok-pokok yang besar di tepi jalan.

“Selain itu juga ia dapat menjadi nilai tambah kepada kerjaya saya sebagai Seni Bina Landskap,” jelas bekas graduan Seni Bina Landskap, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

Zarina juga seorang yang mahir mengendalikan tumbuhan berkayu terutamanya dari segi pemantauan keadaan, kesihatan, perubatan dan spesies yang boleh ditanam di sesebuah kawasan.

“Jika sebelum ini, saya hanya tahu tentang reka bentuk dan susun atur landskap secara luaran sahaja.

“Namun, ilmu yang diperoleh daripada PArM sebagai arboris, memberi pengetahuan baharu tentang pokok dan status kesihatannya,” kata ibu kepada tiga orang anak itu.

PArM merupakan organisasi bukan kerajaan ditubuhkan pada tahun 2006 yang mempunyai pengamal arborikultur mahir dalam penyelenggaraan dan pengurusan pokok hutan bandar.

Selain itu, PArM dengan kerjasama Jabatab Landskap Negara dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) telah membina garis panduan Standard Malaysia bagi pemangkasan pokok untuk kegunaan pekerja dalam industri pengurusan pokok.

Pada peringkat awal, PArM ditubuhkan dengan kekuatan ahli seramai 30 orang yang mempunyai semangat tentang kepentingan penjagaan pokok di landskap bandar.

Menurut Presiden PArM, Roslan Yaacob, kini PArM telah mempunyai 109 arboris di selurh Malaysia yang mempunyai sijil bertauliah.

Katanya, untuk menjadi seorang arboris bertauliah harus lulus peperiksaan akreditasi kendalian Persatuan Arborikultur Antarabangsa (ISA) yang berpangkalan di Amerika Syarikat serta kompeten menilai tahap bahaya pokok.

Pemegang Ijazah Perhutanan UPM itu menjelaskan, setiap arboris yang bertauliah mestilah mengetahui dan memahami keseluruhan ciri-ciri dan sifat pokok melalui 10 subjek.

Bertauliah

“Antaranya ia melibatkan pengurusan tanah, pengecaman dan pemilihan pokok, penanaman, biologi pokok, keselamatan pekerja, pemangkasan pokok, diagosis dan rawatan penyakit, hutan bandar serta pengurusan risiko pokok.

“Malah setiap arboris yang bertauliah perlu memahami fisilogi setiap jenis tumbuhan secara mendalam sebelum memulakan proses rawatan,” katanya yang telah lebih 23 tahun terlibat dalam bidang perhutanan.

Bekas Pegawai Penyelidik, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu menjelaskan, ramai beranggapan setiap pokok besar di tepi jalan harus perlu ditebang jika ia sudah tua walaupun tujuan asalnya ditanam sebagai tempat teduhan.

Tegasnya, anggapan itu tidak wajar sama sekali kerana Malaysia mempunyai arboris yang bertauliah dan mereka boleh bantu membuat penilaian terhadap kesihatan dan kecederaan pokok terbabit secara terperinci sebelum cadangan penebangan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Jika dilihat dari segi pembangunan, Roslan berkata, kaedah perlindungan pokok yang betul dengan mengambil kira Zon Akar Kritikal supaya dapat memelihara pokok terletak berhampiran kawasan projek.

“Ikutkan prinsip arboris, kita mahu selamatkan pokok walaupun yang berpenyakit selagi tidak mendatangkan risiko kepada orang ramai.

“Sebab setiap pokok adalah aset hidup dan bernilai tinggi jika usianya mencecah ratusan tahun. Apatah lagi sekiranya pokok itu diwartakan dalam aset warisan,” jelas bapa kepada tiga orang anak itu.

Keselamatan

Baru-baru ini pihak Sekretariat Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dengan wakil-wakil PBT Selangor bersama PArM telah menghasilkan Polisi Pengurusan dan Pemuliharaan Pokok Negeri Selangor yang membabitkan polisi pokok.

Roslan berkongsi pengalamannya yang merawat 11 batang Pokok Heritage yang terdapat di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Beliau diberi kepercayaan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melihat keadaan pokok berkenaan seperti dahan mati, reput dan daunnya.

“Selepas membuat penilaian risiko dan tahap keseimbangan, saya melakukan pemangkasan dengan membuang dahan yang tidak diperlukan termasuk membersihkan tumbuhan memanjat serta mengorek tanah ke akar untuk diberi vitamin.

“Cabarannya ialah pokok-pokok ini terletak di tempat pelancongan iaitu River of Life (ROL). Kemudahan seperti tempat duduk, tembok, bingkai kaca dan sungai adalah tanggungjawab saya untuk memastikan ia tidak mengalami kerosakan,” tuturnya.

Pihak DBKL telah mengambil langkah proaktif terhadap persekitaran pembangunan ROL terutamanya terhadap rawatan kepada Pokok Heritage demi keselamatan orang awam.

Selain itu, Roslan berkata, Kementerian Sumber Manusia dalam perancangan untuk menawarkan kursus pengajian Diploma Kemahiran Malaysia Operasi Arborikultur (DKMOA) Tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Operasi Arborikultor (DLKMO) Tahap 5.

“Kursus itu dikendali oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian, Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan menyediakan modul berkaitan.

“PArM pula berperanan dalam menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar kursus-kursus terbabit,” ujarnya.

Jelas Roslan, tujuan pengajian itu dilaksanakan adalah usaha pihak kerajaan bagi memberi pengiktirafan kepada individu yang mempunyai kemahiran dalam industri pokok.

Sementara itu, seorang arboris yang pakar dalam bidang serangga perosak, Dr. Ahmad Safid Sajap berkata, bagi memastikan struktur pokok-pokok tersebut tidak dijangkiti serangga perosak kerja-kerja merawat pokok digalakkan dilakukan pada peringkat awal.

Antaranya yang berbahaya adalah serangga perosak seperti anai-anai jenis Coptotermes berwarna putih dan tidak mempunyai busut, selain dikulat.

“Anai-anai ini akan masuk melalui tanah dan menyerang terus ke akar sehingga ke dalam dahan-dahan pokok.

“Selepas itu kesannya adalah dahan-dahan pokok kelihatan kurus dan mereput daunnya bertukar warna kuning,” ujarnya.

Mantan Profesor Entomologi, Fakulti Perhutanan, UPM itu berkata, faktor lain adalah wujudnya tumbuhan tumpang seperti duit-duit dan paku-pakis ke atas pokok yang tidak dirawat.

Walaupun ia bukan tumbuhan parasit tetapi pokok duit-duit berupaya mengumpulkan bahan asing yang menjadi punca kelembapan di sekitar kulit pokok berkenaan.

“Apabila berlaku kelembapan tinggi, ia mempercepatkan proses pereputan pada dahan utama pokok.

Pereputan

“Sekiranya dibiarkan ia merebut, risikonya adalah mengundang kepada risiko dahan patah yang boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam yang berteduh di sekitar pokok itu,” katanya.

Ahmad Safid menambah, oleh itu rawatan awalan perlu dititik- beratkan oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga pokok-pokok tersebut.

“Ini kerana pokok di tepi jalan mempunyai sasaran iaitu orang awam, sekolah dan perhentian bas.

“Impaknya jika tidak berbuat demikian, pemilik tanah atau PBT yang menguruskan kawasan berkenaan perlu bertanggungjawab terhadap sebarang insiden yang berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, kehadiran arboris bukan semata-mata untuk menebang tetapi memulihara pokok.

Persatuan Arboris Malaysia mempunyai pengamal arborikultur mahir dalam penyelenggaraan dan rawatan kesihatan pokok hutan bandar

Desiran bunyi nyamuk yang terbang berlegaran mengelilingi telinga Nor Rezan Mohamad Noor, 66, setiap kali tiba waktu senja mengundang rasa amarah.

Hari demi hari, bermacam cara dilakukan untuk menghalau serangga penghisap darah itu daripada mengganggu kejiranannya yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sebagai salah seorang kakitangan Bahagian Kesihatan dan Perlesenan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Nor Rezan kerap menyertai kerja penyemburan asap bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes dalam usaha membanteras wabak denggi di kawasan tersebut.

“Malangnya, setiap kali menggunakan penyemburan asap itu, keesokan harinya saya akan sakit dan tidak mampu bekerja.

“Malah, nyamuk itu tidak berkurangan pun sebaliknya ia semakin bertambah.

“Dari situ, saya mula mencari jawapan dengan bertemu pakar, saintis termasuk berdamping dengan ulama untuk memperoleh pencerahan bagi masalah ini,” ujar bapa kepada tiga anak itu.

Dalam pencariannya itu, Nor Rezan bertemu dengan seorang ulama dan menerima sepotong nasihat.

Pesannya: “Setiap kali ditimpa sebarang masalah, kembali semula kepada al-Quran.”

Rentetan itu, Nor Rezan merujuk kepada kitab suci tersebut dan menemui potongan kitab suci itu yang membawa maksud setiap ciptaan Allah itu berpasangan.

Hasil tafsirannya, setiap masalah yang berlaku di muka bumi ini pasti memiliki solusinya namun, ia bergantung kepada manusia sendiri untuk mencarinya.

Penyelidikan

Memegang erat prinsip itu, Nor Rezan terus melakukan penyelidikannya menerusi bahan bacaan ilmiah, akademik, kajian makmal dan mendapatkan rundingan daripada pakar bertauliah bermula kira-kira 30 tahun lalu.

“Rupa-rupanya, penyemburan asap yang mengandungi kimia sintetik itu sebenarnya berbahaya kepada manusia jika terdedah dalam satu tempoh yang lama.

“Memang benar ia dapat menumbangkan nyamuk, namun keupayaan serangga perosak itu untuk bermutasi dan menambah baik sistem imun menyebabkan lama-kelamaan ia menjadi kebal.

“Hal ini kerana kandungan kimia sintetik itu mampu ditangkis oleh sistem imun serangga namun, ia kalah kepada penggunaan racun yang diperbuat daripada bahan alami,” jelasnya.

Setelah itu, Nor Rezan bertekad menentang penggunaan bahan kimia dalam kehidupan sehariannya.

Sebaliknya, Nor Rezan mendalami ilmu berkaitan tumbuhan dan herba asli bagi tujuan ikhtiar hidup sekali gus melestarikan alam sekitar.

Nor Rezan mengumpul maklumat sahih daripada orang terdahulu, pakar herba, saintis, penyelidik, perubatan tradisional serta dukun untuk memahami manfaat tumbuhan semula jadi selama hampir empat dekad.

Ilmu tersebut diperoleh dari serata tempat seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Pemegang Diploma Kesihatan Awam dari Royal Society Public Health London itu turut mendalami setiap karakter musuhnya seperti nyamuk, lipas termasuk cicak.

Katanya, ia perlu dilakukan demi menumpaskan pihak lawan dengan menyerang bahagian yang lemah.

Tambahnya, masyarakat kini terlalu bergantung kepada penggunaan bahan kimia dan tidak sedar akan kemudaratan yang berlaku dari segi kesihatan.

Bahan alami

Benar, kesannya tidak kelihatan pada waktu terdekat tetapi lama-kelamaan ia tetap timbul.

Orang-orang lama juga katanya, telah menemui cara alami untuk menghalau serangga peros

Nor Rezan Mohamad Noor, 66, berdamping dengan saintis, penyelidik, pakar herba, perubatan tradisional serta dukun untuk memahami manfaat tumbuhan semula jadi selama hampir 40 tahun

Tumbuhan semula jadi termasuk herba sejak sekian lama memberi manfaat terhadap kehidupan manusia.

Selain berguna dari sudut kesihatan luaran dan dalaman, tumbuhan semula jadi juga merupakan salah satu elemen ikhtiar hidup.

Suatu ketika dahulu, ia digunakan secara meluas menerusi kaedah tertentu tanpa campuran bahan kimia berbahaya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sains Fizikal, Budaya dan Seni (IPSCA), Dr. Ilyana Ibrahim, ilmu berkaitan tumbuhan semula jadi itu perlu dididik dalam diri masyarakat sejak di peringkat akar umbi. Katanya, jika ia tidak diamalkan, ilmu berkenaan tumbuhan itu lama-kelamaan dikhuatiri semakin