Selain menghilangkan rasa letih, kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Freiburg, Jerman mendapati air panas juga membantu menghilangkan tekanan.

Kajian tersebut dijalankan ke atas 45 orang individu yang mengalami tekanan.

Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang mandi dengan air panas selama 30 minit setiap hari selama seminggu, manakala kumpulan kedua pula diminta untuk melakukan senaman aerobik selama 30 minit setiap hari selama seminggu.

Hasil kajian mendapati, selepas seminggu, kumpulan yang mandi air panas berjaya mengurangkan kadar tekanan mereka sekitar enam peratus berbanding kumpulan yang melakukan senaman aerobik.