Minggu lalu, satu perkongsian seorang pengguna media sosial, Syafiq Hamzul tentang kasih sayang seorang anak yang menjaga ibunya membuatkan ramai netizen sebak.

Dalam gambar yang dimuat naik lelaki itu, kelihatan seorang lelaki meletakkan ibunya di atas motosikal sebelum dibawa ke sebuah restoran untuk makan tengah hari.

Sebaik sahaja makanan tiba, si anak kelihatan menyuapkan ibunya dengan penuh berhati-hati sambil memandangnya dengan penuh kasih sayang.

Syafiq yang melihat tindakan itu berasa cukup tersentuh dengan layanan yang diberikan oleh si anak.

“Bagusnya anak wanita itu membawa ibunya makan di kedai dalam keadaan ibunya yang sukar untuk berjalan.

“Agak-agak bolehkah kita juga menjadi anak sebaik ini dan menjaga orang tua kita kelak?” tulisnya.

Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut serta menyifatkan ia seharusnya dijadikan teladan.