Semasa sambutan Hari Ibu yang disambut pada setiap 12 Ogos di negara itu, dia memakai pakaian tersebut yang dipinjam daripada seorang wanita bagi memenuhi impian anaknya yang mahu menyambut hari itu bersama seorang ibu.

Bagi memenuhi impian anaknya, Charan yang sudah berpisah dengan isterinya lima tahun lepas sanggup mengenakan pakaian itu dan diperagakan di hadapan anaknya.

Selaku bapa tunggal, dia mengakui mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya dan tidak malu melakukan perkara tersebut demi membahagiakan anaknya.

Kes Charan bukanlah yang pertama melibatkan seorang bapa tunggal yang memakai pakaian wanita bagi menggembirakan hati anak di Thailand.

Sebelum ini, kisah seorang lelaki iaitu Chatchai Parn-uthai pernah tular kerana dia mengenakan gaun wanita berwarna merah jambu demi menggembirakan hati anak lelakinya.

Tindakan kedua-dua bapa tunggal tersebut mendapat pujian netizen yang mengakui cukup tersentuh dengan kesungguhan mereka itu.