Menurut Fabian Farqharson, 37, yang bekerja sebagai pereka hiasan dalaman, minuman tersebut telah diamalkannya sejak tiga tahun lalu.

Dakwa lelaki ini lagi, berbeza dengan minuman isotonik yang terjual di pasaran, air kencingnya itu dikatakan menjadikannya lebih bertenaga, sihat dan bijak.

“Rasanya sedikit pahit tetapi tidak begitu teruk. Tiada masalah untuk saya menghabiskan satu gelas air kencing.

“Setelah minum, saya merasakan sesuatu yang luar biasa mengalir dalam tubuh badan dan lebih bertenaga,” jelasnya.

Pengakuan yang dibuat secara terbuka oleh Fabian menyebabkan dia dicemuh oleh warga internet.

Biarpun begitu, ada juga yang memuji kreativiti luar biasa lelaki ini dalam menghasilkan minuman bertenaga secara semula jadi.