Menerusi rakaman berdurasi selama 47 saat itu, sebuah bas sedang bergerak di belakang sebuah kenderaan lain sebelum tiba-tiba berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat di Kuala Terengganu.

Tidak berapa lama kemudian, seorang individu yang tidak dapat dikenal pasti identitinya telah membuka pintu bas berkenaan lalu membuang sampah yang berada di dalam bakul sampah ke atas jalan raya.

Menerusi satu kenyataan media yang tular dalam laman sosial, syarikat bas berkenaan mendakwa, perbuatan itu telah dilakukan oleh seorang penumpang yang dikatakan kurang siuman.

Dalam kenyataan media itu menyebut, lelaki kurang siuman itu dengan spontan telah membuka pintu bas berkenaan dan terus membuang sampah ke atas jalan raya selepas mendakwa terdapat bom di dalam bakul sampah tersebut.

Perkara tersebut telah membuatkan pemandu bas terpinga-pinga dan telah menegur perbuatan lelaki itu kerana boleh mencemarkan nama baik syarikat bas berkenaan.

Rata-rata netizen berpendapat perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan kerana meminta tindakan tegas diambil ke atas lelaki yang melakukan perkara tersebut.