Menerusi rakaman berdurasi dua minit 50 saat itu, kedua-dua lelaki itu dilihat meletakkan kucing ke dalam mesin pengering sebelum memasukkan token untuk menghidupkan alat tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 malam itu, lelaki itu kemudian beredar meninggalkan pusat dobi tersebut dan membiarkan haiwan tersebut ‘dikeringkan’ di dalam mesin pengering.

Kucing malang itu disahkan mati selepas bangkainya yang berlumuran darah ditemui oleh seorang pelanggan lain, kira-kira 10.30 pagi hari yang sama sebelum memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak pengurusan dobi.

Tindakan tidak berperikemanusiaan dua lelaki tersebut mengundang kemarahan netizen sehingga mendapat perhatian daripada Persatuan Haiwan Malaysia.

Dua daripada tiga lelaki terbabit sudah pun ditahan pihak berkuasa Jumaat lalu.