Seorang anggota polis trafik di Liuzhou, China terkejut selepas mendapati penunggang motosikal yang ditahannya menunjukkan lesen memandu yang dibuat sendiri dengan tulisan tangan.

Kedengaran mungkin tidak masuk akal, namun itulah yang berlaku kerana lelaki berkenaan dikatakan terlalu culas untuk mengambil ujian memandu mengikut prosedur.

Salah laku seperti memalsukan dokumen ternyata bukanlah perkara baharu kerana ia memerlukan teknik dan kepakaran yang tinggi bagi mengelak kesalahan itu dikesan.

Namun, tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut ternyata mengejutkan polis trafik itu sehingga ia menjadi bahan jenaka netizen di laman sosial selepas ia tular.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.