Anak lelaki kepada pemilik kedai Billy’s Donuts yang terletak di Missouri, Texas, Amerika Syarikat (AS) sebelum ini telah memuat naik keterangan di laman Twitter yang mendakwa bapanya sedang bersedih kerana kedai donat yang baru dibukanya tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

Susulan itu, ia telah menarik perhatian orang ramai dan meraih lebih 324,000 retweet.

Bukan setakat itu sahaja, selepas kisah tersebut mula ditularkan, jualan donat Billy’s Donuts habis dijual dalam tempoh 24 jam.

Lebih membanggakan apabila majoriti pelanggan yang berkunjung ke Billy’s Donuts telah memberikan pandangan positif mengenai donat yang dijual.

Malah, ramai juga yang memuji layanan yang diberikan oleh pemilik kedai donat tersebut.