Antara lirik yang dinyanyikan orang ramai ialah: “Berkhemah, berkhemah, berkhemah bersama si Nopal, si Nopal, si Nopal, anaknya Bahenol”.

Si Nopal merupakan karakter kartun animasi dari Indonesia. Suaranya yang comel dan karakternya yang lucu menjadikan ia trending di media sosial.

Bagaimanapun, di sebalik kelucuannya itu, ada segelintir masyarakat yang mempersoalkan maksud di sebalik perkataan bahenol dan hiya hiya yang tertera dalam bait lagu kartun tersebut.

Beberapa pihak mendakwa perkataan bahenol dan hiya hiya membawa maksud tidak baik dan kurang sopan.

Enggan memanjangkan isu tersebut, pemilik kartun si Nopal tampil memberi penjelasan menerusi instastoriesnya di laman sosial Instagram.

“Maksud bahenol dalam video animasi ini adalah tembam manakala hiya hiya pula bermaksud ketawa dan dipopularkan oleh netizen.

“Kedua-dua perkataan ini tidak membawa maksud kurang sopan,” jelasnya.