Mayat Mayuko Matsumoto, 82, ditemui oleh anaknya dalam keadaan berlumuran darah dengan hampir 20 kesan luka pada muka.

Pasukan polis kemudian melakukan penyiasatan dan menyifatkan ia sebagai satu pembunuhan kejam memandangkan kesan luka tersebut amat teruk.

Menurut anak Matsumoto yang tidak didedahkan identitinya, keadaan luka yang sangat teruk menjadikan mereka panik dan takut.

“Mayat ibu dipenuhi luka yang amat teruk dan kami tidak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku,” ujarnya.

Hasil siasatan gagal membuktikan terdapat kesan pencerobohan manusia di rumah Matsumoto. Begitu pun, selepas mendapat tahu tentang kehadiran kucing-kucing liar yang sentiasa berkeliaran di kediaman wanita itu, polis kemudian menjadikan kucing-kucing tersebut sebagai suspek utama kes bunuh tersebut.