Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki dipercayai pemberita bertanyakan kepada kanak-kanak malang bernama Malak itu tentang bapanya.

Dengan mata berkaca namun masih mengukirkan senyuman, dia memberitahu, bapanya telah meninggal dunia selepas terkena tembakan oleh anggota militan Daesh.

Pemberita itu kemudian bertanyakan kepada kanak-kanak perempuan itu sama ada dia mempunyai makanan untuk dimakan pada waktu pagi, tengah hari dan malam.

Tanpa menjawab soalan tersebut, Malak dilihat menangis, sekali gus mengundang rasa simpati pengguna laman sosial.

Menerusi salah satu komen yang ditinggalkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Gilgit Baltistan, kanak-kanak perempuan itu kini tinggal bersama datuk dan neneknya di sebuah rumah kecil yang mempunyai 20 penghuni.

Di akhir video tersebut, tertera satu mesej kesedaran yang ditujukan kepada orang awam agar tidak membazirkan makanan.

Ini kerana, masih ramai insan kurang bernasib baik di dunia ini bergelut dengan masalah kebuluran.