Soerang pengguna Facebook, Fadhli Sahar baru-baru ini berkongsi kisahnya yang merupakan seorang pemandu perkhidmatan e-hailing, Grab.

Ceritanya, rakan Fadhli mendapat tempahan Grab dengan tambang berharga RM40.

Dia pada mulanya enggan mengambil tempahan tersebut kerana pernah dinasihatkan rakan supaya menolak tempahan daripada penumpang warga Bangladesh kerana khuatir bau badan mereka yang kuat itu akan melekat dalam keretanya.

Begitu pun, Fadhli tetap mengambil tempahan tersebut. Penumpang yang diambilnya merupakan tiga orang warga Bangladesh yang baru balik kerja.

Sebaik mereka masuk ke dalam kenderaan Fadhli, bau badan mereka yang kuat itu mengganggu pemanduan Fadhli dan menyebabkan dia sesekali menutup hidungnya dengan baju dan membuka tingkap keretanya.

Salah seorang daripada lelaki tersebut bertanya kepada Fadhli.

“Abang okey?”

“Ya, saya okey,” jawab Fadhli. Lelaki Bangladesh itu kemudian menceritakan sudah tiga tempahan mereka dibatalkan oleh pemandu sebaik sahaja melihat mereka.

Sebaik sahaja tiba di destinasi, lelaki tersebut menghulurkan sekeping not RM100 kepada Fadli dan enggan mengambil wang baki.

Katanya, belanja anak-anak makan. Fadhli tersentuh kerana tidak menyangka hati lelaki tersebut cukup mulia.

Akui Fadhli, lelaki Bangladesh itu telah mengajarnya sesuatu tentang kehidupan. Mereka juga manusia yang ada hati dan perasaan.

Bagi Fadhli, siapa pun penumpang Grab, ambillah mereka kerana itu merupakan tugas anda.