Kimono merupakan pakaian tradisi wanita Jepun yang diwarisi sejak turun temurun dipercayai sejak abad ke-7 Masihi. Meskipun dunia kini semakin maju dan moden, kimono sentiasa bernilai tinggi dalam kalangan masyarakat Jepun.

Ia terbukti baru-baru ini pada majlis pembukaan pasaran saham bagi tahun ini di Bursa Saham Tokyo, Jepun. Majlis itu diadakan bagi menandakan hari pertama urus niaga saham bagi tahun 2018.

Majlis pembukaan itu diserikan dengan pekerja-pekerja wanita yang berpakaian kimono. Mereka kelihatan menuruni eskalator sebelum berhimpun di atas pentas yang tertera skrin-skrin elektronik pasaran indeks Nikkei.

Kimono aneka warna dan corak diperagakan model-model itu dengan penuh ceria melambangkan sifat optimistik rakyat Jepun untuk bersaing dalam bidang ekonomi pada tahun ini.

Majlis itu telah disempurnakan Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso.