Bagaimanpun, seorang lelaki yang dikatakan jurugambar bebas, Hishammuddin Hashim atau lebih dikenali sebagai Abeden Mung berjaya mengetepikan stigma negatif masyarakat terhadap warga asing selepas dia berjaya merakam gambar seorang warga Bangladesh.

Lebih mengejutkan apabila gambar yang dikongsikan di laman sosial twitter itu berjaya mencuri perhatian netizen dan dikongsi lebih 78,000 pengguna laman sosial.

Menerusi Twitternya, Abeden menceritakan bagaimana dia terjumpa dengan lelaki yang merupakan buruh pembinaan MRT berhampiran Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Terjumpa seorang lelaki warga Bangladesh ketika menikmati sarapan pagi setiap hari. Tetapi pada waktu itu, saya gagal merakam wajahnya kerana sedang membuat penggambaran video blog.

“Namun, pada 21 Mac lalu, saya berjaya merakamkan potret lelaki yang bermata cantik itu menggunakan telefon bimbit. Kacakkan dia?” jelasnya.

Susulan itu, seorang pengguna Twitter menyarankan foto berkenaan diviralkan seperti yang berlaku kepada Arshad Khan, lelaki Chaiwala yang menjadi model selepas wajah kacaknya dirakam seorang jurugambar pada 2016.