Kira-kira 9,000 peserta membanjiri kawasan sekitar pusat konvensyen itu untuk menyertai program anjuran pusat pengajian tinggi, Weill Cornell Medicine-Qatar (WCM-Q) yang memasuki tahun keempat.

Dalam larian sejauh lima kilometer itu, para peserta disembur dengan serbuk berwarna berlainan pada setiap satu kilometer. Warna-warna yang disembur ialah merah, kuning, hijau, biru dan merah jambu.

Sepanjang larian tersebut, para peserta dibenarkan untuk berjalan, berlari dan melompat tali dengan bergelak ketawa sehingga ke garis penamat.

Semasa larian itu, dapat dilihat para peserta menikmati keindahan panorama berwarna-warni sebelum bermandikan serbuk berwarna itu dari hujung kepala ke kaki.

Penganjurnya dalam satu kenyataan menyebut, Doha menunjukkan komitmen untuk menerajui gaya hidup yang sihat dan gembira.

“Ia merupakan satu sambutan berwarna-warni yang diraikan komuniti setempat dengan satu matlamat iaitu ingin sihat dan aktif serta menghargai kedua-duanya dengan melakukannya dalam suasana penuh keriangan,” katanya.