Gerai yang dinamakan On the Road Coffee itu diusahakan oleh Matthew Pendleton yang menyediakan minuman kopi di dalam kereta itu yang dipenuhi aneka peralatan penyediaan hidangan kopi.

Antaranya, cerek, cawan, air panas dan mesin bancuhan kopi.

Kereta klasik buatan 1968 itu turut menarik perhatian dengan dekorasi cawan gergasi di atasnya yang tertulis freshly made coffee here (kopi segar di sini).

Perniagaan boleh alih itu mendapat sambutan yang baik oleh penduduk sekitar yang mahu menikmati secawan kopi segar termasuk espresso dan americano.

Orang ramai menyukai kopi buatannya yang dihasilkan dengan jujur dan ikhlas daripada seorang jejaka yang ringkas.

Apa yang menarik mengenai Pendleton ialah dia sebenarnya seorang yang tidak berpengalaman dalam kulinari kopi sebaliknya merupakan seorang seniman yang bekerja di studio rakaman.

Menurut insan kreatif itu, dia hanya belajar mempelajari penyediaan kopi melalui laman YouTube.