Kereta model Maybach Exelero merupakan sebuah jentera yang memiliki bentuk luaran mirip kereta seperti dalam filem adiwira Batman.

Berharga sekitar AS$8 juta (RM28.65 juta), kereta itu boleh mencapai kelajuan maksimum 351 kilometer per jam (km/j). Ia juga boleh memecut 0 ke 100km/j dalam masa 4.44 saat.

Pada mulanya, kereta yang mempunyai empat tempat duduk dengan enjin turbo V12 itu hanya dibuat untuk Fulda Tyres iaitu sebuah syarikat tayar di Jerman untuk menguji produk tayar baharu mereka.

Bagaimanapun, ia kini sudah dipasarkan dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berkemampuan.

Antara pemilik kenderaan itu ialah penyanyi rap terkenal, Jay Z yang juga suami kepada Beyonce.