Keadaan itu sebenarnya terjadi ke atas anak-kanak dikenali sebagai Wang Fuman kerana setiap hari, dia terpaksa berjalan sejauh 4.5 kilometer dalam cuaca sejuk untuk ke sekolah.

Dengan hanya berpakaian nipis dan cuaca sejuk melampau pada bacaan negatif sembilan darjah Celsius, rambut serta kening kanak-kanak berusia lapan tahun itu akan mengeras seperti titisan air membeku.

Menerusi gambar yang tular di media sosial baru-baru ini, kelihatan Fuman berada di dalam kelasnya selepas berjalan kaki selama satu jam menuju ke sekolahnya yang terletak di Shaotong, Yunnan.

Menurut kisah yang dipaparkan dalam laman sosial, kanak-kanak itu bersama kakaknya tinggal dengan neneknya di dalam sebuah rumah yang diperbuat daripada tanah liat, manakala ibu bapanya bekerja di bandar.

Kisah kanak-kanak itu telah melahirkan rasa simpati dalam kalangan netizen selepas melihat kepayahan kanak-kanak tersebut mengharungi cuaca sejuk untuk ke sekolah.

Pada masa sama, kisah kanak-kanak itu turut dijadikan contoh untuk seseorang itu tidak mudah berputus asa dalam mengharungi kesukaran demi untuk mendapatkan ilmu.