Menariknya, pengantin lelaki yang sedang menunggu kedua-dua mereka di altar juga merupakan kembar seiras yang kelihatan hampir sama.

Brittany dan Briana, 32, kedua-duanya berkata ‘saya setuju’ kepada kembar seiras, Josh dan Jeremy Slayers, 34, pada Festival Hari Kembar di Twinsburg, Ohio, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Pasangan itu dinikahkan secara sebelah-menyebelah dan lebih menarik, jurunikah yang menikahkan mereka juga merupakan kembar seiras dalam perkahwinan bertemakan Twice Upon a Time.

“Ia seperti cerita dongeng yang menjadi kenyataan. Berkahwin dengan pasangan kembar adalah sesuatu yang amat penting kepada kami.

“Inilah impian kami sejak masih kanak-kanak lagi,” katanya Briana.

Berkahwin dengan pasangan kembar juga amat penting pada Josh dan Jeremy sehingga mereka bersumpah tidak akan berkahwin melainkan jika mereka jatuh cinta dengan kembar wanita yang seiras.

“Saya fikir mereka mengalami banyak cabaran serupa semasa berpacaran dengan wanita yang bukan kembar.

“Sukar apabila anda berpacaran dengan seseorang dan mereka tidak faham mengenai ikatan kembar,” kata Brittany.

 

Jatuh cinta

Brittany dan Briana mengetahui bahawa peluang mereka untuk jatuh cinta pada kembar seiras sangat sukar untuk terjadi.

Namun, ditakdirkan pada Festival Hari Kembar pada tahun lepas iaitu perhimpunan tahunan kembar terbesar di dunia, pasangan adik-beradik lelaki berkenaan telah menarik perhatian Brittany dan Briana.

“Kami sedang duduk di atas bangku panjang apabila saya terpandang dua lelaki muda yang sangat kacak dan kelihatan lebih kurang sebaya dengan usia kami,” kata Brittany.

Brittany kemudian mencuit tangan adiknya sebelum menunjukkan kepada dua beradik lelaki berkenaan dan kembarnya itu juga merasai perasaan yang sama.

Brittany dan Briana akhirnya bertemu Jeremy dan Josh pada hari terakhir festival semasa parti penutup.

Beberapa hari kemudian, dua beradik lelaki berkenaan menghantar pesanan kepada Briana and Brittany melalui Facebook mengatakan bahawa mereka tidak sabar untuk berjumpa kedua-dua kembar perempuan berkenaan pada festival sama tahun hadapan.

Dua beradik perempuan itu kemudian menjemput Jeremy dan Josh yang tinggal di Clinton, Tennessee pada masa itu untuk datang melawat mereka di Virginia.

Kedua-dua beradik lelaki itu dapat merasakan bahawa selepas pertemuan itu bahawa mereka akan berkahwin dengan Brittany dan Briana pada suatu hari nanti.

“Seluruh hidup kami, kami tahu bahawa kami hanya akan berkahwin dengan kembar,” kata Jeremy.

 

Tinggal bersama

Jeremy dan Josh melamar Brittany dan Briana di Twin Lakes State Park di Virginia, lokasi di mana mereka bertemu buat kali pertama pada 2 Februari lalu.

Mereka secara khusus memilih tarikh itu kerana ia jika disingkatkan menjadi 2-2.

“Kami telah melakukan banyak perkara dalam kehidupan bersama. Mempunyai kembar yang dicintai dan menerima lamaran perkahwinan mereka pada masa yang sama telah menjadikannya lebih istimewa,” kata Brittany.

Brittany dan Briana mendapati bahawa merancang perkahwinan bersama adalah benar-benar ‘menyenangkan dan damai’ kerana cita rasa mereka yang sama.

“Kami mempunyai visi yang sama mengenai hari perkahwinan kami,” kata Briana.

Kini dua beradik perempuan berkenaan menetap di rumah yang sama dengan suami mereka dan merancang untuk membesarkan anak-anak mereka bersama-sama.

“Kami membayangkan akan menjadi seperti dua ibu dan dua bapa,” kata Brittany.

Pasangan kembar Josh dan Jeremy bersumpah tidak akan berkahwin sekiranya mereka tidak jatuh cinta dengan wanita pasangan kembar yang seiras.