Difahamkan, Abdul Jalil merupakan pemanjat duku tertua di kawasan tersebut.

Apa yang membuatkan orang ramai tertarik ialah, kemahiran yang ada pada lelaki dari Kampung Banggol Karah, Kuala Terengganu itu membolehkan ia membawa turun sehingga 150 kilogram buah duku dalam tempoh empat jam setiap hari.

“Alhamdulillah, selama hampir 60 tahun memanjat pokok duku, saya tidak pernah terjatuh.

“Paling penting ialah individu perlu fokus setiap kali berada di atas pokok dengan niat ikhlas mahu menyajikan duku manis dan sempurna kepada penggemar buah ini,” jelasnya.